Friday, 3 June 2011

bagai kacang lupakan kulit

    Salam mesra selamat datang. haa. 

   Semua orang tau ape maksud peribahasa ni kan. laen la kalau korang dari Bangladesh ke, India ke, mesti la tak tau sebab ni peribahasa Melayu punye. seingat saya, kita belajar peribahasa ni mase darjah 3 kot. heee. emm. maksudnya ialah orang yang tidak mengenang budi or something yang lebey kurang macam da tak ingat asal usul la.
  
ok, sebab saya terdetik nak tulis entry ni ialah pasal dalam kelas tadi, ada classmate saya sorang ni yang story2 pasal orang yang memang original made from Terengganu,tapi bile da belajar or kerja kat negeri luar, KL n Selangor terutamanya, da tak nak ngaku yang die tu asal dari Terengganu. my opinion, maybe tak semua orang yang macam ni, lupa asal usul sendiri tapi RAMAI la. jangan la nak marah kalau rasa macam da terkena batang hidung sendiri. cubalah sedar diri balik.

  haha, tetiba da ter'emo' sorang2. nak buat caner, da memang saya asal from terengganu. sayang sangat2 kat terengganu ni. even ada orang cakap terengganu tak best sebab tak maju dan rakyat2 nya macam out of date. saya tak kisah sebab selain dari kemajuan tu, banyak lagi perkara lain yang menarik pasal terengganu. tempat2 yang menarik dan keindahan alam yang masih terpelihara. erkk. apesal entry ni macam nak promote negeri pulak?

  one of my seniors, yang selalu bagi nasihat dan panduan untuk saya pasal itu dan ini, pernah la jugak cerita pasal tak nak ngaku negeri sendiri ni. dia pun ada la jugak nasihat saya, jangan jadi camtu. terima kasih senior ku !! hehe. insyaAllah, saya tak jadi macam tu. terengganu forever. tapi tak de la nak bersemangat kenegerian sangat sampai da tak boleh nak bergaul dengan orang laen. ish2. saya tak macam tu. terbuka okeh.

  kekadang, bila fikir2 balik, tertanya2 la jugak, kenapa ada orang camni. (harap2 la dijauhkan dari jadi camtu,..) kalau da memang asal usul sendiri tu, jangan la buat2 lupa pulak. bangga la sikit dengan bangsa dan keturunan sendiri. ni la puncanya ada orang yang bijak2, study jauh2,,overseas kott tp bila da duk kat negara orang, tak nak balik Malaysia pulakk. buat2 lupa kat negara yang da banyak berkorban ni. rakyat2 bayar cukai banyak2 nak bagi scholarship tapi bila da berjaya, tak kenang jasa. memang tak faham betol kat orang yang ade pemikiran macam tu. apa punya bengap tak reti nak balas jasa..balik la berbakti kat negara sendiri, kat orang2 yang da support korang pegi belajar jauh2 tu. kalau korang ada reason2 yang tersendiri,nak cipta kejayaan kat negara orang and then nak banggakan Malaysia, nak jadi the first Malaysian astronaut yang kerja dengan NASA ke., takpe la jugak. at least korang da bawak title Malaysia tu tapi yang saja2 je tak nak balik Malaysia tu. memang tak suka la kat orang camtu. memang tak kenang jasa. sesuai la dengan peribahasa 'bagai kacang lupakan kulit' tu. saya bukan nye cakap macam ni sebab tak puas hati sebab tak boleh scholar oversea, tapi inilah hakikat sebenar. so, jangan cakap saya emo kat orang yang dapat study luar negara sebab saya tak boleh nak pergi jugak. :)

   so, pengajaran dari entry ni ialah, korang jangan la lupakan asal usul diri korang, jasa2 yang orang lain da bagi kat korang.

sekian buat kali ini. kalau rasa nak bagi pendapat, komen la. nak marah ke, nak suke ke. sila2.

p/s : to all my friends yang bakal further study ke overseas, jangan lupa Malaysia, biar dimana pun bumi dipijak, negara sendiri sentiasa di hati..