Saturday, 4 February 2012

Friday, 3 February 2012

cinta,

 cebisan kata :

"Love is one of the most subtle blessings that the Most Merciful One has bestowed upon humanity. It exists in everyone as a seed. This seed germinates under favorable circumstances and, growing like a tree, blossoms into a flower, and finally ripens, like a fruit, to unite the beginning with the end."
 by M. Fethullah GÃ len (Pearls of Wisdom)


   entah kenapa tetibe nak tulis pasal cinta. semua orang pernah jatuh cinta. 
memang lumrah manusia punyai rasa untuk bercinta dan untuk dicintai. 
cinta mengikut Kamus Dewan Bahasa bererti perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll) . 
huh. rajin betul cari maksud benda ni. apa nak susah, google aje. 
maklumat di hujung jari.

   ada banyak jenis cinta. cinta kepada seseorang, cinta akan negara, cintakan agama. 
tapi pada kali ini biarlah saya ceritakan tentang cinta kepada manusia. 
barulah sesuai dengan jiwa remaja.



   saya yakin, tak ada remaja zaman yang serba moden ni yang tak pernah jatuh cinta. 
itu satu penipuan yang amat besar jika dah berumur 18tahun 
tapi tak pernah ada rasa cinta pada seseorang lagi. 
seorang yang alim2 pun, mesti pernah juga la jatuh cinta. 
tak semestinya dia pakai tudung labuh, kopiah sentiasa atas kepala tak pernah terdetik perasan tu. 
memang cinta itu fitrah remaja. 
bergantung pada seseorang individu itu bagaimana cara dan tatatertib untuk mengawal dan melayan rasa cinta.

   tak salah untuk timbul perasaan cinta dalam diri tapi biarlah berpada-pada. 
jika dilihat dalam dunia sekarang, 
bagi seseorang itu, cintalah segala-galanya. 
kalau tak bercinta, rasa macam dunia ni tak bermakna lagi. 
putus cinta sikit da menangis berminggu-minggu. 
ok, kalau perempuan, normal la untuk menangis tapi ini lelaki. 
girlfriend mintak 'clash', terus merajuk, 'frust' menonggeng. 
hari2 emo aje. apa la korang ni. cakap lelaki macho, tapi merajuk. 
huh. perempuan pun apa kurangnya. bila bf minta putus, menangis bagai nak rak. 
nak bunuh diri lah, terjun bangunan lah, toreh tangan lah. 
macam lah si jejaka tu hebat sangat. 
memang adat, masa tengah syok2 bercinta, kau la bulan, kau la bintang. 
baby,honey, sayang dan macam2 lagi la. 
bila da clash,tau pulak malu bila ingat balik benda2 tuh.
rasa macam bodoh je diri masa zaman hebat bercinta dulu.

   yang ni macam bengang sikit. 
isu semasa yang dah jadi semacam kebiasaan. 
cinta yang terlarang. 
terlarang di sini bermaksud, cinta yang menjurus ke arah maksiat. 
dan akhirnya menyebabkan perkara2 yang tak diingini. 
hah. sebagai contoh, mengandung anak luar nikah dan pembunuhan. 
memang hati remaja sukar di kawal. 
sifat ingin tahu dan ingin mencuba melangkaui akal fikiran. 
rasa seronok membuatkan kita terleka
kononnya menunjukkan kesetiaan.
helah yang kotor dari si jejaka. 
yang perempuan tu pulak mengikut je. 
takut si jejaka meninggalkan diri, sanggup diserahkan perawan. 
bila dah mengandung, si jejaka minta gugurkan kandungan, 
si perempuan pula berkeras, tak mahu menurut, 
katanya sayangkan anak yang dikandung. hasil cinta yang bergunung. 
bergaduh dan terus bergaduh, akhirnya pembunuhan yang berlaku. 
sadis kan. tapi ni la ceritera masa kini. 
muak sudah mendengarnya.

   nak bercinta tu, pandai2 la jaga diri. 
yang perempuan ni jangan terlalu percayakan jejaka hingga sanggup buat apa saja. 
jejaka pulak, jangan lah permainkan hati perempuan.