Saturday, 14 May 2011

kesyukuran.

Dalam kita menjalani hidup kita dari hari ke hari, mesti pernah kita lalui saat2 kita suke, bergelak tawa dan juga saat2 kita sedih, kecewa dan putus harapan. semua yang bergelar manusia pernah alami perkara ini. tak kira lah dia orang melayu ke, cina ke, india ke, orang rusia ke dan apa-apa ajelah susur galur keturunan. tipu la kalau tak pernah rasa sedih. baby pun tahu rase kecewa bila ibu yang lahirkan dia tak bagi dia minum susu, tau.

dalam tempoh sebulan ni, macam2 perkara yang dah dilalui, dan kebanyakannya ialah kekecewaan. betul, tak tipu. hampir setiap hari, sebelum tidur, saya akan termenung dan fikirkan sebab2 saya rasa kecewa dan sedih tu.kadang2 saya menangis. biarlah apa orang cakap. macam budak kecik aje menangis tapi saya rasa lega lepas menangis dan lepas tu baru lah boleh tidur lena. orang cakap tu salah satu cara nak lepaskan perasaan.pape je lah.

pernah tak kita rase sedih dan kecewa sangat2 sampai rasa putus asa. kalau tak pernah, macam mana ada orang boleh terfikir nak bunuh diri, nak terjun bangunan. mereka fikir tiada guna lagi nak teruskan hidup sebab tak dapat apa yang mereka mahukan. hajat tak kesampaian lah lebih kurang. secara jujunya, saya pernah rasa tak ade sebab lagi nak hidup sebab harapan saya dah musnah tapi syukurlah, saya cepat sedar kembali dan kembali bersemangat. rasa macam bodohnya diri ini bila pernah wujud perasan begitu dalam hati.

bila kita fikir2 balik. semua yang berlaku pasti ada sebab. tak adil lah bila kita dapat semua yang kita mahu. bila lagi kita nak kenal rasa pahit dalam hidup kalau tak pernah dilukai. semua perkara ni mengajar kita untuk menjadi lebih tabah dan matang dalam mengharungi hidup seharian.
bila kita putus harapan, fikirkan tentang orang lain yang lebih bernasib malang dari kita. bila tak dapat makan makanan yang lazat2 macam orang lain, cuba kita renungkan, kanak2 di Afrika,Ethiopia tak ada makanan langsung, badan kurus kering, macam2 penyakit ada sebab tak cukup zat. nak dapat makanan, terpaksa cari dalam tong sampah, kadang2 terjumpa makanan yang dah basi, dah bersyukur dari tak boleh makan langsung. kita yang duduk kat negara yang aman damai ni macam mana.? dapat makanan yang tak sedap, terus buang. menyumpah itu ini. asyik anggap diri tak beruntung sebab tak boleh makanan macam yang jiran sebelah ada. lepas tu mula lah nak dengki itu, dengki ini. mungkin makanan yang kita nak itu tak sesuai untuk badan kita. mungkin tak sedap macam yang kita sangka.Tuhan tak bagi kita nikmat tu sebab ada sesuatu yang lebih baik yang Dia nak bagi. pernah tak kita fikir begitu?
cuba kita muhasabah diri kita balik.

oleh itu, titiplah rasa bersyukur atas semua perkara yang berlaku. setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. seperti satu kisah yang sering diceritakan oleh ketua pelajar saya dulu sebagai tazkirah maghrib. saya sudah lupa sikit2 tentang cerita itu. nanti, bila saya ingat, InsyaAllah saya akan tulis.

kepada pembaca2 sekalian, ingatlah, bila kita tak dapat sesuatu yang kita nak, muhasabah diri kita balik, jangan lah terlalu bersedih,.fikirkan tentang orang lain dan yang paling penting bersyukur lah dengan apa yang telah kita perolehi.

No comments: