Lepas tahu semua result UPU ni, keluar artikel pasal bilangan student yang dapat tawaran UPU ni. Agak terkejut sebab untuk Dental course ni, kerajaan cuma ambil 150 orang je daripada beribu riban applicant. Sangat sikit. Macam antara yang terpilih je yang dapat course ni. Pelik jugak, sekarang ni negara kita kekurangan doktor gigi tapi kenapa still ambik sikit student. In fact, ada lebih kurang 5 IPTA yang offer course ni. If I'm not mistaken UM, UKM, USM, UITM dan USIM. Kalau course medic sangat banyak offer. IPTS pun dah banyak yang offer medic, tapi kalau dental ni berapa kerat je yang offer. cehh,macam tak puas hati kat medic je. hehe.
Berhenti cakap pasal UPU, kita masuk topik lain pulak. Sepanjang cuti 5 bulan lebih kat rumah ni, tak buat ape pun. Rileks aje memanjang. Sekarang ni bila cuti dah nak habis, tinggal tak sampai sebulan je lagipon baru rasa sibuk. Macam macam hal yang nak kena setel. Yuran tak bayar lagi medical check-up tak buat lagi borang borang tak siap isi lagi. haihhh. Pening peningg.
Untuk hilang rasa serabut tu, saya pun google la sikit pasal course yang akan enroll nanti. Ada la jumpa a few blogs about dental ni. Ada yang cerita pengalaman as a dental student. Ada jugak yang tulis pasal pengalaman as a intern or a dentist. Each story tells me a little about this course, what I'm gonna learn, the pathway that I'll be taking and what are my works as a dentist. It's quite thrilling to see the pictures of a dentist stitching the wound at the patient's face. OHMAIII. I thought I'll just sit there on a chair and pull out a tooth, crowning the teeth, put the braces on or anything simple like that. It's really beyond expectation.
Pastu bila fikir fikir balik this is the path that I've choosen, tak boleh nak undur lagi dah. Kena kuatkan semangat, betulkan balik niat nak belajar. Dental ni sepesen aje dengan Medic. 1st & 2nd year belajar subjek Medic jugak tapi takdelah mendalam macam diorang. Mana mana yang berkaitan dengan gigi ajelah. So kira ok lah tu. Tak susah sangat macam student medic. hope so !! Satu lagi, belajar mana ada senang. Semua mesti susah. Kalau senang, takde lah nama nya nak belajar lagi kan. So, belajar aje lah setakat yang termampu, buat yang terbaik untuk masa depan yang cerah. Dah kaya raya bekerjaya nanti boleh bawak mak ayah round satu dunia. Duit dah bertimbun tak nak kahwin pun takpe dah. cewahhh berangan tak habis. :D
p/s: kali ni jauh pulak tercampak kat kelantan. Sebenarnya berharap dapat dental kt UiTM. Al maklumlah bekas student asasi UiTM dihatiku.Sayang UiTM ni, even dapat USM, still support UiTM sebab saya nak semuaorang tahu yang UiTM ni bukan tempat orang yang result low macam yang mereka fikir. UiTM hebatt.
1 comment:
updatelah blog. teringin nak baca.
Post a Comment